Assalamualaikummmm ~
Hye korangg !
Assalammualaikum .
syukur , alhamdulilah . saya masih bernyawa untuk berpuasa di bulan yang mulia ini pada tahun nih .
saat ini jugak , saya ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua
muslim di dunia ini terutamanya rakan-rakan saya dan followers yang
setia =] . hoping that this Ramadhan is better
than the last year okay .
"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana
diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu
bertaqwa". (Al-Baqarah ayat:183)
"(Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu, maka
sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia
berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu
pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya
berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan
orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran
fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan
baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu
daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui" (Al-Baqarah ayat:184)
Ramadhan kembali menjelma lagi,
Terubat rindu di hati ini,
Rinduku pada solat Sunat Terawih,
Rasullullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam bersabda:
"Sesiapa yang mendirikan sembahyang (Terawih) dalam bulan ramadhan
dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, akan diampunkan
segala dosa yang dilakukannya sebelum itu".
Rinduku pada taddarus Al-Quran,
Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam bersabda:
"Tidak berkumpul suatu kaum pada mana-mana rumah Allah, mereka membaca
dan bertadarus Al-Qur'an, melainkan diturunkan kepada mereka ketenangan
(sakinah), diliputi rahmat, dikelilingi malaikat dan Allah menyebut mereka pada
para malaikat"
Rinduku pada malam Lailatul-Qadar,
"Sesiapa yang menghidupkan malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan
dan mengharapkan pahala, maka diampunkan baginya dosa yang telah lepas
dan sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan
mengharapkan pahala, maka diampunkan baginya dosa yang telah lepas."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Rinduku pada segala-galanya di bulan ini..
Masih sempatkahku untuk menyempurnakan rindu itu,
Penuhilah hari-harinya dengan beribadat,
Kejarlah syurga dan jauhilah neraka,
Moga bahagia sepanjang hayat.
BERBUAT IBADAH DENGAN PENUH PENGHAYATAN,
AMALAN DIPERTINGKATKAN PAHALA DI GANDAKAN,
SINAR HIDAYAH SEPANJANG ZAMAN,
NERAKA DIJAUHI, SYURGA DIKEJARKAN.
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak wahai saudara2 ku :)

No comments:
Post a Comment